Buat Renungan

Monday, August 31, 2009

Pengurusan Ramadan Nabi SAW

Oleh IBRAHIM ABDULLAH
Kita disuruh menyegerakan berbuka apabila sudah tiba waktunya. - Gambar hiasan


AHLAN Wasahlan Ya Ramadan(Selamat Datang Ya Ramadan). Begitulah ucapan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya bila menjelang bulan al-mubarak sebagai menghormati dan menyambut bulan mulia tersebut.

Sebelum menjalankan ibadat Ramadan, ada beberapa perkara yang perlu difahami, di antaranya ialah puasa Ramadan adalah rukun Islam yang keempat.

Hukumnya adalah fardu (wajib) yang langsung dari perintah Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Dalam hadis dijelaskan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Islam itu dibangun di atas lima (dasar). Kesaksian bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu adalah utusan-Nya, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan puasa Ramadan dan menunaikan haji. (riwayat Muslim).

Read more...

Sunday, August 30, 2009

KBS kemas kini program rakan masjid

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan akan mencari satu mekanisme terbaik untuk mempelbagaikan aktiviti masjid di seluruh negara dalam usaha untuk menarik golongan muda mendekati institusi itu menerusi program Rakan Masjid.

Read more...

Read more...

Saturday, August 22, 2009

Read more...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

TAKWIM BAGI SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Read more...

Friday, August 21, 2009

Tentera Muslimin dalam Perang Uhud


Umat Islam yang menunaikan umrah tidak melepaskan peluang menziarahi Bukit Uhud untuk melihat kesan peninggalan sejarah.

SETELAH Nabi Muhammad SAW menerima surat daripada Abas bin Abu Mutalib yang mengatakan tentang persiapan kaum Quraisy untuk menentang kaum Muslimin, baginda segera kembali ke Quba' bertemu dengan sahabat dan tentera-tenteranya.

Baginda memerintahkan tenteranya supaya bersiap sedia untuk menghadapi lawan dan bertempur dengan kaum Quraisy.

Baginda menyarankan tenteranya supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada kerana pihak musuh sudah memulakan perjalanan menuju ke Madinah.

...baca seterusnya...

Read more...

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Pertandingan Jawi Nusantara martabatkan tulisan jawi


Siti Zainah Che Omar (tengah) bersama para pelajar pada majlis penyerahan borang Pertandingan Seni Jawi Nusantara di SMK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Ogos - AkhbarUtusan Melayu Mingguan dengan kerjasama Institut Skill-Tech, sebuah Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) bumiputera, meneruskan usaha memartabatkan tulisan jawi dengan menganjurkan Pertandingan Seni Jawi Nusantara.

Pertandingan yang dibuka untuk pelajar sekolah menengah seluruh negara itu menawarkan, hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara, naib juara RM1,500, tempat ketiga RM1,000 dan 50 hadiah saguhati (RM50 setiap satu).

...baca seterusnya...

Read more...

Monday, August 17, 2009

PANDUAN PUASA RAMADHAN

Oleh: Ustadz Abu Rasyid

MUQADDIMAH

Artinya: Diriwayatkan dari Anas ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw. : Apabila ada sesuatu dari urusan duniamu, maka kamu lebih tahu tentang hal itu. Jika ada urusan dienmu, maka akulah tempat kembalinya ( ikuti aku ). ( H.R Ahmad).

Artinya : Dirwayatkan dari 'Aisyah ra : Rasulullah saw. telah bersabda : Barangsiapa melakukan perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak ( tidak diterima). Dan dalam riwayat lain: Barangsiapa yang mengada-adakan dalam perintah kami ini yang bukan dari padanya, maka ia tertolak. Sementara dalam riwayat lain : Barangsiapa yang berbuat sesuatu urusan yang lain daripada perintah kami, maka ia tertolak.
(HR.Ahmad. Bukhary dan Abu Dawud).

Kandungan dua hadits shahih di atas menerangkan dengan jelas dan tegas bahwa segala perbuatan, amalan-amalan yang hubungannya dengan dien/syari'at terutama dalam masalah ubudiyah wajib menurut panduan dan petunjuk yang telah digariskan oleh Rasulullah saw. Tidak boleh ditambah dan/atau dikurangi meskipun menurut fikiran seolah-olah lebih baik. Diantara cara syaitan menggoda ummat Islam ialah...

...baca seterusnya...

Read more...

Friday, August 14, 2009

KEM BESTARI SOLAT ( 14 & 15 OGOS 2009 )

Read more...

LAWATAN KE SK KARAMBUNAI

Berikut adalah gambar sekitar lawatan sambil belajar admin bersama rakan-rakan ke SK Karambunai Sabah. Turut serta dalam lawatan kali ini ialah Pegawai Dakwah Jabatan Pelajaran Labuan, guru-guru cemerlang Pendidikan Islam dari sekolah rendah dan menengah, Jurulatih Utama Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah serta Jurulatih Dakwah sekolah rendah dan menengah... Terima kasih buat Sektor Pendidikan Islam Labuan kerana memberi peluang kami melihat tempat orang. Memandangkan admin sebagai jurugambar, dah nasib badan memang tak ada lah gambar admin..

Read more...

Thursday, August 13, 2009

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 KALI KE TIGA 2009

Makluman kepada semua warga SK Bebuloh. Satu lagi KBS akan diadakan pada minggu ini seperti berikut:


TARIKH MASA TEMPAT
14 Ogos 2009 2.00ptg - 4.30ptg SK Bebuloh
15 Ogos 2009 8.00pg - 11.30pg SK Bebuloh

* Mohon semua Guru Pendidikan Islam & j-QAF terlibat.

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Makluman dari Pengurusan Pendidikan Islam

12 Ogos, Mesyuarat Ujian Kelayakan Kemasukan Ke SMK KAA/SMKA (SABAH) akan diadakan minggu depan. Maklumat berkaitan akan dimaklumkan. Kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah WP Labuan, mohon antum bersedia. Sila rujuk proses kemasukan Tahun 2009 sebagai panduan.

Sumber Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

Read more...

DOA BISMILLAH ENAM



• Makbul segala hajat dan cita-cita.
• Luas rezkinya.
• Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
• Menang dalam peperangan.
• Penerang hati.
• Diajuhkan dari segala penyakit.

Read more...

Nailah melindungi Khalifah Uthman

NAILAH binti Farafisyah adalah isteri Uthman bin Affan, Khalifah ketiga empayar Islam selepas kematian Nabi Muhammad. Nailah lahir dalam keluarga Kristian di kota Kufah sebelum memeluk Islam di atas pelawaan Aishah binti Abu Bakar.


Nailah berkahwin dengan khalifah Uthman pada tahun 29 Hijrah.Apabila Uthman dilantik sebagai khalifah ketiga, banyak jawatan penting dipegang oleh keturunan Umaiyah. Di antaranya termasuklah Marwan bin al-Hakam sebagai setiausahanya. Beliau selalu mencampuri urusan pemerintahan negara. Ini mengakibatkan mula timbul rasa tidak puas hati pada masyarakat Islam.

Read more...

Tuesday, August 11, 2009

DOA BISMILLAH 5

Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:
1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk merawat penyakit yang tidak diketahui puncanya

Cara merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah bismillah 5 ini sebanyak 7 kali kemudia ditiup ditempat yang sakit itu. Selepas itu ditiup pula keatas air.

Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan iktikat bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.

Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar dan tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Read more...

Saturday, August 8, 2009

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan

Empat perkara melemahkan badan

Empat perkara menajamkan Mata

Empat perkara merosakkan Mata

Empat perkara menajamkan fikiran

4 CARA TIDUR

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

KEM BESTARI SOLAT KE-3 TAHUN 2


1 Ogos, Sabtu - Satu lagi Kem Bestari Solat telah diadakan pada minggu ini. sasaran kem ini melibatkan murid tahun 2 SK Bebuloh. Kem ini telah dikendalikan oleh Ustaz Hamizan Bin Alia (GPI j-QAF SK Bebuloh) bersama dengan guru-guru lain. Turut menyertai di dalam kem ini ialah seorang guru ganti iaitu Ustazah Saadah. Kem ini diadakan selama 2 hari.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

Ibadah Akikah

HIKMAH AKIKAH

Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.


...baca seterusnya..

Read more...

Monday, August 3, 2009

RASULULLAH MULA BERDAKWAH

KITA menyebutnya sebagai 'agama' atau terkadang 'igama' dan 'ugama' tetapi semua ini merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Iaitu 'A' bererti 'tidak' dan 'Gam' bererti 'pergi', maka 'agama' itu bermakna: tidak pergi atau dengan lain perkataan 'tetap berada di tempat.'

Read more...

Berakhirnya ujian kepada Nabi Ayub

ALLAH ingin menjadikan Nabi Ayub sebagai seorang hamba-Nya yang benar-benar teguh keimanannya, tabah, sabar, tetap bersyukur dan sentiasa memuji Allah.

Oleh itu, Allah menguji Nabi Ayub dengan pelbagai ujian termasuklah kehilangan harta benda dan anak-anaknya. Ujian yang paling besar diterima oleh Nabi Ayub ialah ditimpa penyakit kulit yang sangat teruk.

...baca seterusnya...

Read more...

JANGAN MUDAH MINTA CERAI

SOALAN:

Saya berkahwin pada tahun 2006 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Saya bercerai pada April 2009. Untuk pengetahuan ustaz, saya yang pohon cerai kerana kami sudah tidak tinggal bersama sejak tahun 2008.

Selain itu, suami juga mengabaikan tugasnya sebagai suami dan ayah. Saya dibiarkan seperti gantung tidak bertali. Jadi saya minta cerai, berdosakah saya ustaz? Adakah saya dikategorikan sebagai isteri nusyuz?

Suami juga tidak pernah solat, dan bila saya suruh atau nasihat, dia kata solat tidak boleh dipaksa. Biar dapat hidayah, baru akan solat. Walaupun suami baik, dia agak berkira bab duit dengan saya dan selalu dengar cakap emak dan kakak sahaja. Pandangan saya langsung tidak dipeduli.

Saya runsing memikirkan hal ini. Bagaimana saya dapat meneruskan hidup ini terutama memberi kehidupan yang sempurna kepada anak?

JAWAPAN:

Saya tidak tahu kenapa...

...baca seterusnya...

Read more...

Sunday, August 2, 2009

BULAN SHA'BAN

Mukaddimah

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan...

...baca seterusnya...

Read more...

Dari Mana Tu...

Followers

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP