Buat Renungan

Saturday, October 31, 2009

Read more...

Saturday, October 24, 2009

MAHRAJAN j-QAF (24 OKTOBER 2009)

24 Oktober 2009, Sabtu - Telah berlangsung majlis mahrajan j-QAF peringkat WP Labuan bagi tahun ini. Majlis diadakan di SK Lubok Temiang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kiuz, dikir barat bahasa arab dan kalam jama'e.

Read more...

Sunday, October 18, 2009

UJIAN SARINGAN KUIZ j-QAF (19 OKTOBER 2009)

18 Oktober 2009, Ahad - Seperti biasa, Sektor Pendidikan Islam WP Labuan akan mengadakan Mahrajan j-QAF pada setiap tahun bermula tahun 2006. Pada tahun ini, mahrajan j-QAF akan bermula dipertandingkan pada esok hari.

Acara:
Ujian saringan kuiz j-QAF

Tarikh:
19 Oktober 2009

Tempat:
SK Lubuk Temiang

Masa:
2.00 petang

Jumlah peserta terlibat setiap sekolah:
4 Orang

Read more...

Saturday, October 17, 2009

“TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA”


1. Selalu berfikiran positif,dan logik.
2. Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .
4. Membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
5. Sentiasa memaafkan orang lain.
6. Selalu berdoa.
7. Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. Selalu bersenam.
9. Elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10.Mempunyai rehat yang cukup.

Read more...

Pendidikan Islam dimantapkan

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.
... baca seterusnya ...

Read more...

Friday, October 16, 2009

Bengkel Pengurusan Jenazah (16 & 17 Oktober 2009)

16 Oktober 2009, Jumaat - Pada hari ini akan bermula satu lagi program Sektor Pendidikan Islam WP Labuan.


Nama program - Bengkel Pengurusan Jenazah
Peringkat - WP Labuan
Tempat - SM Teknik, WP Labuan

Tarikh - 16 Oktober 2009
2.30 petang hingga 5.00 petang

- 17 Oktober 2009
8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sasaran - Guru pendidikan Islam WP Labuan

Read more...

Thursday, October 15, 2009

UJIAN KELAYAKAN KELAS ALIRAN AGAMA TINGKATAN 1

15 Oktober - Khamis, Alhamdulillah telah berlangsung ujian kelayakan tersebut pagi tadi bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00tgh. Segala persiapan urusetia telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Ujian ini mempunyai 2 bahagian iaitu ujian bertulis dan ujian syafawi @ ujian lisan.
Kerjasama semua guru-guru pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah serta j-QAF akan memantapkan lagi pendidikan Islam di Labuan

Read more...

Saturday, October 3, 2009


Othman Rahman (duduk dua dari kanan) serta isteri Noraini Abd. Rahman berkongsi kegembiraan dengan anak-anaknya selepas dipilih Tokoh Ibu Bapa Mithali Daerah Muar di Masjid Sultan Ibrahim, Muar, kelmarin.

MUAR 2 Okt. - "Setiap kali selepas solat, kami berdua sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dan amat memberi penekanan soal pendidikan agama kepada mereka."

Itu rahsia kejayaan membesarkan tujuh cahaya mata yang dikongsi Othman Rahman, 79, serta isterinya, Noraini Abd. Rahman, 69, yang diumumkan sebagai Tokoh Ibu Bapa Mithali peringkat daerah Muar 2009 semalam.

Read more...

Thursday, October 1, 2009

Salah laku murid meningkat

PUTRAJAYA 30 Sept. – Kadar salah laku disiplin murid sekolah rendah termasuk penyalahgunaan dadah mencatat peningkatan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ia berbeza dengan pelajar sekolah menengah yang menunjukkan penurunan dalam kes tersebut dalam tempoh yang sama.

Read more...

Wednesday, September 30, 2009

Hukuman sebat syariah tidak seperti sebatan sivil

Isu sebat sepatutnya tidak dibesar-besarkan. Bahkan penjelasan mengenainya telah pun dibincangkan melalui satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada April lalu berhubung Hukuman Sebat Jenayah Syariah.

Read more...

Tuesday, September 29, 2009

Guru tidak dibenar simpan janggut

29/09/2009 2:52am

DUSHANBE 28 Sept. - Guru-guru yang berusia bawah 50 tahun di Tajikistan tidak lagi dibenarkan menyimpan janggut, namun dibenarkan untuk mengajar dengan memakai but hujan, menurut peraturan baru kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

Read more...

Saturday, September 26, 2009

Resepi Kuey Teow

Read more...

Friday, September 25, 2009

Khutbah Jumaat 25 September 2009

Read more...

Wednesday, September 23, 2009

Kurikulum sistem pendidikan Islam diselaras

PUTRAJAYA 15 Sept. - Kerajaan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menyelaraskan kurikulum dan sukatan pelajaran pendidikan Islam di bawah program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) serta Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.


YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009

Read more...

Saturday, September 12, 2009

MENGAPA MENGANTUK SEMASA BELAJAR

Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Read more...

Thursday, September 10, 2009

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Kem Literasi Al-Quran 2009 & Bacaac Yasin

8 September, Selasa - Satu lagi program j-QAF telah dijalankan di SK Bebuloh pada hari ini. Program yang dimaksudkan ialah Kem Literasi Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Kem ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan kehadiran fasilitator jemputan dari SK Patau-Patau seramai 4 Orang. Manakala fasilitator dari sekolah ini juga seramai 4 orang.

Fasilitator jemputan terdiri daripada Ustaz Khaidir, Ustaz Bustamam, Ustazah Sarinah dan Uatazah Masturina. Fasilitator dari SK Bebuloh pula terdiri daripada Ustaz Hamizan, Ustazah Sahridah, Ustazah Dayang Ruzanna dan Ustazah Nurussaadah.

Dalam masa yang sama, Unit Pendidikan Islam SK Bebuloh juga mengadakan bacaan yasin semasa calon-calon menjawab soalan UPSR.

Terima kasih diucapkan kepada individu yang terlibat dalam menjayakan kedua-kedua program diatas. Semoga kita semua mendapat keberkatan diatas apa yang kita lakukan..

Read more...

Sesi persekolahan 2010 bermula 3, 4 Januari

08/09/2009 6:07pm

KUALA LUMPUR 8 Sept — Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
...baca seterusnya...

Read more...

Monday, September 7, 2009

Hadis Ramadhan

Read more...

Sunday, September 6, 2009

Bacaan Yasin UPSR 2009

06 September, Sabtu:- Kemuncak bacaan sempena UPSR akan diadakan semasa calon-calon UPSR menjalani peperiksaan. Program ini akan diadakan pada 8, 9 & 10 September 2009 pada jam 8.00 pagi bertempat di Pusat Sumber SK Bebuloh.


Semua ibu bapa calon UPSR dan guru-guru SK Bebuloh dijemput bersama-sama kita mendoakan kejayaan anak-anak kita. Nasihat saya kepada ibu bapa sekalian, jangan dijadikan ia sekadar program, tetapi mesti diteruskan di rumah sebagai ibadat.


Read more...

Belajar tanpa berguru, syaitanlah gurunya

Dato' Dr Haron Din

SOALAN: Saya ingin bertanya mengenai perubatan alternatif, sama ada bertentangan dengan syarak atau tidak. Bagaimana jika ada pengamal itu yang mendakwa, dia mendapat ilmu atau petunjuk perubatan melalui mimpi. Contohnya seperti seorang pengamal mengubati pesakit dengan menggunakan dauh sirih. Daripada pemerhatiannya kepada struktur daun sirih selepas membaca mantera (doa), dia dapat memberitahu kepada pesakit tentang keadaan penyakitnya dari segi fizikal, spiritual atau gangguan. Mohon Dato' jelaskan. - INSAN YANG RAGU, menerusi e-mel

JAWAPAN: Ada dua episod daripada persoalan anda. Pertama mengenai perihal pengubat yang mendapat ilmu mengubati manusia menerusi mimpi. Kedua, menggunakan daun sirih sebagai penunjuk untuk mengubati dan mengetahui perkara ghaib, tentang penyakit zahir, batin dan sebagainya.

Read more...

Saturday, September 5, 2009

Lelaki ramai masuk neraka?

Ustaz Zainudin Hashim

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
...baca seterusnya...

Read more...

517,908 calon UPSR 2009

PUTRAJAYA 4 Sept. - Seramai 517,908 calon bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 pada 8 hingga 10 September ini di seluruh negara.

Read more...

Friday, September 4, 2009

Kem Literasi Al-Quran 2009

4 September - Jumaat, Kem Literasi Al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan pada 8 dan 9 September 2009. Memandangkan penularan wabak influenza A H1N1 masih belum reda, Unit Pendidikan Islam telah mengambil langkah selamat dengan cara program diteruskan tetapi murid-murid tidak berkumpul di satu tempat seperti biasa.

Pada tahun ini, SK Membedai sebagai Tuan Rumah Program KLAQ bersama Unit Pendidikan Islam telah mencari penyelesaian masalah supaya murid-murid tidak berkumpul beramai-ramai dengan cara murid-murid tidak akan di tempatkan di sekolah lain, hanya dilakukan di sekolah masing-masing. Tetapi Fasilitator datang dari sekolah yang dipilih.

Read more...

Wednesday, September 2, 2009

Janji Allah kepada umat yang berusaha

DAN janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa': 32)

Huraian

Allah menjadikan setiap...

Read more...

Ada bonus raya?

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.
...baca seterusnya...

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Subjek pendidikan seks di sekolah?

GENTING HIGHLANDS 31 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangannya kepada kerajaan dalam tempoh terdekat supaya subjek berhubung pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah diwujudkan secara lebih formal dan serius.

Read more...

Monday, August 31, 2009

Pengurusan Ramadan Nabi SAW

Oleh IBRAHIM ABDULLAH
Kita disuruh menyegerakan berbuka apabila sudah tiba waktunya. - Gambar hiasan


AHLAN Wasahlan Ya Ramadan(Selamat Datang Ya Ramadan). Begitulah ucapan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya bila menjelang bulan al-mubarak sebagai menghormati dan menyambut bulan mulia tersebut.

Sebelum menjalankan ibadat Ramadan, ada beberapa perkara yang perlu difahami, di antaranya ialah puasa Ramadan adalah rukun Islam yang keempat.

Hukumnya adalah fardu (wajib) yang langsung dari perintah Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Dalam hadis dijelaskan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Islam itu dibangun di atas lima (dasar). Kesaksian bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu adalah utusan-Nya, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan puasa Ramadan dan menunaikan haji. (riwayat Muslim).

Read more...

Sunday, August 30, 2009

KBS kemas kini program rakan masjid

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan akan mencari satu mekanisme terbaik untuk mempelbagaikan aktiviti masjid di seluruh negara dalam usaha untuk menarik golongan muda mendekati institusi itu menerusi program Rakan Masjid.

Read more...

Read more...

Saturday, August 22, 2009

Read more...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

TAKWIM BAGI SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Read more...

Friday, August 21, 2009

Tentera Muslimin dalam Perang Uhud


Umat Islam yang menunaikan umrah tidak melepaskan peluang menziarahi Bukit Uhud untuk melihat kesan peninggalan sejarah.

SETELAH Nabi Muhammad SAW menerima surat daripada Abas bin Abu Mutalib yang mengatakan tentang persiapan kaum Quraisy untuk menentang kaum Muslimin, baginda segera kembali ke Quba' bertemu dengan sahabat dan tentera-tenteranya.

Baginda memerintahkan tenteranya supaya bersiap sedia untuk menghadapi lawan dan bertempur dengan kaum Quraisy.

Baginda menyarankan tenteranya supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada kerana pihak musuh sudah memulakan perjalanan menuju ke Madinah.

...baca seterusnya...

Read more...

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Pertandingan Jawi Nusantara martabatkan tulisan jawi


Siti Zainah Che Omar (tengah) bersama para pelajar pada majlis penyerahan borang Pertandingan Seni Jawi Nusantara di SMK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Ogos - AkhbarUtusan Melayu Mingguan dengan kerjasama Institut Skill-Tech, sebuah Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) bumiputera, meneruskan usaha memartabatkan tulisan jawi dengan menganjurkan Pertandingan Seni Jawi Nusantara.

Pertandingan yang dibuka untuk pelajar sekolah menengah seluruh negara itu menawarkan, hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara, naib juara RM1,500, tempat ketiga RM1,000 dan 50 hadiah saguhati (RM50 setiap satu).

...baca seterusnya...

Read more...

Monday, August 17, 2009

PANDUAN PUASA RAMADHAN

Oleh: Ustadz Abu Rasyid

MUQADDIMAH

Artinya: Diriwayatkan dari Anas ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw. : Apabila ada sesuatu dari urusan duniamu, maka kamu lebih tahu tentang hal itu. Jika ada urusan dienmu, maka akulah tempat kembalinya ( ikuti aku ). ( H.R Ahmad).

Artinya : Dirwayatkan dari 'Aisyah ra : Rasulullah saw. telah bersabda : Barangsiapa melakukan perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak ( tidak diterima). Dan dalam riwayat lain: Barangsiapa yang mengada-adakan dalam perintah kami ini yang bukan dari padanya, maka ia tertolak. Sementara dalam riwayat lain : Barangsiapa yang berbuat sesuatu urusan yang lain daripada perintah kami, maka ia tertolak.
(HR.Ahmad. Bukhary dan Abu Dawud).

Kandungan dua hadits shahih di atas menerangkan dengan jelas dan tegas bahwa segala perbuatan, amalan-amalan yang hubungannya dengan dien/syari'at terutama dalam masalah ubudiyah wajib menurut panduan dan petunjuk yang telah digariskan oleh Rasulullah saw. Tidak boleh ditambah dan/atau dikurangi meskipun menurut fikiran seolah-olah lebih baik. Diantara cara syaitan menggoda ummat Islam ialah...

...baca seterusnya...

Read more...

Friday, August 14, 2009

KEM BESTARI SOLAT ( 14 & 15 OGOS 2009 )

Read more...

LAWATAN KE SK KARAMBUNAI

Berikut adalah gambar sekitar lawatan sambil belajar admin bersama rakan-rakan ke SK Karambunai Sabah. Turut serta dalam lawatan kali ini ialah Pegawai Dakwah Jabatan Pelajaran Labuan, guru-guru cemerlang Pendidikan Islam dari sekolah rendah dan menengah, Jurulatih Utama Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah serta Jurulatih Dakwah sekolah rendah dan menengah... Terima kasih buat Sektor Pendidikan Islam Labuan kerana memberi peluang kami melihat tempat orang. Memandangkan admin sebagai jurugambar, dah nasib badan memang tak ada lah gambar admin..

Read more...

Thursday, August 13, 2009

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 KALI KE TIGA 2009

Makluman kepada semua warga SK Bebuloh. Satu lagi KBS akan diadakan pada minggu ini seperti berikut:


TARIKH MASA TEMPAT
14 Ogos 2009 2.00ptg - 4.30ptg SK Bebuloh
15 Ogos 2009 8.00pg - 11.30pg SK Bebuloh

* Mohon semua Guru Pendidikan Islam & j-QAF terlibat.

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Makluman dari Pengurusan Pendidikan Islam

12 Ogos, Mesyuarat Ujian Kelayakan Kemasukan Ke SMK KAA/SMKA (SABAH) akan diadakan minggu depan. Maklumat berkaitan akan dimaklumkan. Kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah WP Labuan, mohon antum bersedia. Sila rujuk proses kemasukan Tahun 2009 sebagai panduan.

Sumber Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

Read more...

DOA BISMILLAH ENAM



• Makbul segala hajat dan cita-cita.
• Luas rezkinya.
• Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
• Menang dalam peperangan.
• Penerang hati.
• Diajuhkan dari segala penyakit.

Read more...

Nailah melindungi Khalifah Uthman

NAILAH binti Farafisyah adalah isteri Uthman bin Affan, Khalifah ketiga empayar Islam selepas kematian Nabi Muhammad. Nailah lahir dalam keluarga Kristian di kota Kufah sebelum memeluk Islam di atas pelawaan Aishah binti Abu Bakar.


Nailah berkahwin dengan khalifah Uthman pada tahun 29 Hijrah.Apabila Uthman dilantik sebagai khalifah ketiga, banyak jawatan penting dipegang oleh keturunan Umaiyah. Di antaranya termasuklah Marwan bin al-Hakam sebagai setiausahanya. Beliau selalu mencampuri urusan pemerintahan negara. Ini mengakibatkan mula timbul rasa tidak puas hati pada masyarakat Islam.

Read more...

Tuesday, August 11, 2009

DOA BISMILLAH 5

Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:
1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk merawat penyakit yang tidak diketahui puncanya

Cara merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah bismillah 5 ini sebanyak 7 kali kemudia ditiup ditempat yang sakit itu. Selepas itu ditiup pula keatas air.

Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan iktikat bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.

Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar dan tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Read more...

Saturday, August 8, 2009

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan

Empat perkara melemahkan badan

Empat perkara menajamkan Mata

Empat perkara merosakkan Mata

Empat perkara menajamkan fikiran

4 CARA TIDUR

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

KEM BESTARI SOLAT KE-3 TAHUN 2


1 Ogos, Sabtu - Satu lagi Kem Bestari Solat telah diadakan pada minggu ini. sasaran kem ini melibatkan murid tahun 2 SK Bebuloh. Kem ini telah dikendalikan oleh Ustaz Hamizan Bin Alia (GPI j-QAF SK Bebuloh) bersama dengan guru-guru lain. Turut menyertai di dalam kem ini ialah seorang guru ganti iaitu Ustazah Saadah. Kem ini diadakan selama 2 hari.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

Ibadah Akikah

HIKMAH AKIKAH

Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.


...baca seterusnya..

Read more...

Monday, August 3, 2009

RASULULLAH MULA BERDAKWAH

KITA menyebutnya sebagai 'agama' atau terkadang 'igama' dan 'ugama' tetapi semua ini merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Iaitu 'A' bererti 'tidak' dan 'Gam' bererti 'pergi', maka 'agama' itu bermakna: tidak pergi atau dengan lain perkataan 'tetap berada di tempat.'

Read more...

Berakhirnya ujian kepada Nabi Ayub

ALLAH ingin menjadikan Nabi Ayub sebagai seorang hamba-Nya yang benar-benar teguh keimanannya, tabah, sabar, tetap bersyukur dan sentiasa memuji Allah.

Oleh itu, Allah menguji Nabi Ayub dengan pelbagai ujian termasuklah kehilangan harta benda dan anak-anaknya. Ujian yang paling besar diterima oleh Nabi Ayub ialah ditimpa penyakit kulit yang sangat teruk.

...baca seterusnya...

Read more...

JANGAN MUDAH MINTA CERAI

SOALAN:

Saya berkahwin pada tahun 2006 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Saya bercerai pada April 2009. Untuk pengetahuan ustaz, saya yang pohon cerai kerana kami sudah tidak tinggal bersama sejak tahun 2008.

Selain itu, suami juga mengabaikan tugasnya sebagai suami dan ayah. Saya dibiarkan seperti gantung tidak bertali. Jadi saya minta cerai, berdosakah saya ustaz? Adakah saya dikategorikan sebagai isteri nusyuz?

Suami juga tidak pernah solat, dan bila saya suruh atau nasihat, dia kata solat tidak boleh dipaksa. Biar dapat hidayah, baru akan solat. Walaupun suami baik, dia agak berkira bab duit dengan saya dan selalu dengar cakap emak dan kakak sahaja. Pandangan saya langsung tidak dipeduli.

Saya runsing memikirkan hal ini. Bagaimana saya dapat meneruskan hidup ini terutama memberi kehidupan yang sempurna kepada anak?

JAWAPAN:

Saya tidak tahu kenapa...

...baca seterusnya...

Read more...

Sunday, August 2, 2009

BULAN SHA'BAN

Mukaddimah

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan...

...baca seterusnya...

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-3 BAGI TAHUN 2009

Tahun 1

Tarikh:
31 Julai & 1 Ogos 2009

Masa:
31 Julai 2009 (2.00ptg hingga 4.30ptg)
1 Ogos 2009 (7.00pg hingga 11.30pg)



Tahun 2

Tarikh:
7 & 8 Ogos 2009

Masa:
7 Ogos 2009 (2.00ptg hingga 4.30ptg)
8 Ogos 2009 (7.00pg hingga 11.30pg)

Read more...

Dari Mana Tu...

Blog Archive

Followers

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP