Buat Renungan

Friday, September 4, 2009

Kem Literasi Al-Quran 2009

4 September - Jumaat, Kem Literasi Al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan pada 8 dan 9 September 2009. Memandangkan penularan wabak influenza A H1N1 masih belum reda, Unit Pendidikan Islam telah mengambil langkah selamat dengan cara program diteruskan tetapi murid-murid tidak berkumpul di satu tempat seperti biasa.

Pada tahun ini, SK Membedai sebagai Tuan Rumah Program KLAQ bersama Unit Pendidikan Islam telah mencari penyelesaian masalah supaya murid-murid tidak berkumpul beramai-ramai dengan cara murid-murid tidak akan di tempatkan di sekolah lain, hanya dilakukan di sekolah masing-masing. Tetapi Fasilitator datang dari sekolah yang dipilih.

0 comments:

Post a Comment

Dari Mana Tu...

Followers

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP